Anemia

Penyakit anemia terjadi apabila kepekatan hemoglobin dalam darah di bawah paras normal mengikut usia dan jantina. Hemoglobin ialah sejenis pigmen yang terdapat dalam sel darah merah di mana ia membawa oksigen daripada paru-paru ke tisu-tisu. Kekurangan zat besi (iron) iaitu komponen penting hemoglobin adalah merupakan sebab biasa terjadinya anemia.

    Tanda-tanda jika anda terkena anemia:

    * Tanda-tanda pucat pada bibir dan sekeliling mulut, kuku, pelipat dan di bahagian dalam kelopak mata.

    * Badan terasa lemas, letih, dan lesu.

    * Nafas terasa pendek jika melakukan akivitas yang cukup berat.

    * Pusing jika terlalu banyak yang dikerjakan, ini disebabkan oleh kurangnya oksigen sampai ke otak.

    * Kurang selera makan dan kehilangan berat badan, sukar untuk berjalan, dan mental bercelaru yang disebabkan oleh kekurangan vitamin B12.

    Sebab-sebab terjadinya kurang darah:

    * Kekurangan vitamin atau zat galian terutamanya zat besi dan vitamin B12.

    * Bagi wanita hamil memerlukan lebih zat besi; sekiranya pengambilan zat besi kurang, wanita tersebut akan mengalami anemia, terutamanya semasa separuh kedua tempoh kehamilan.

    * Penyakit yang memberi kesan kepada pengeluaran sel darah merah seperti penyakit leukemia.

    * Terdapat sesetengah rawatan seperti kemoterapi dan radioterapi.

    * Bagi kanak-kanak, kecacingan terutamanya cacing kerawit.

%d blogger menyukai ini: