Cerita Lucu

1. Sebuah kereta yang dipandu selaju
220 km/j tidak akan dapat memotong
kereta yang dipandu selaju 40
km/j sekiranya kereta-kereta tersebut dipandu dari arah yang
bertentangan.

2. Tahukah Anda magnet ialah sejenis logam yang juga
digelar besi berani. Sebagaimana namanya magnet
ialah besi yang berani menarik butir-butir besi lain
kearahnya. Bagaimanapun orang yang diupah untuk menarik kereta
bukanlah magnet.

3. Tahukah Anda bunyi perkataan lempeng dan tempeleng
adalah hampir sama walaupun ia berbeza dari
segi rupa bentuknya. Tapi, walaubagaimanapun orang
yang kena tempeleng masih boleh memakan lempeng
apabila dia berasa lapar.

4. Tahukah Anda gunung berapi yang berusia tiga ratus
tahun disahkan masih aktif untuk meletup. Tapi
mengikut kajian ahli gunung, api elektrik di rumah
kita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnya
selama tiga bulan.

5. Tahukah Anda ahli sains seluruh dunia bersepakat
jika nasi ayam dimakan sewaktu lapar, perut kita
akan mengalami satu tindakbalas yang berupa
kekenyangan. Nasi ayam juga boleh digunakan sebagai
ubat untuk menggembirakan hati kita bila nasi ayam
yang dimakan itu dibelanja oleh kawan kita.

6. Tahukah Anda burung dapat pulang ke sarangnya walaupun
telah keluar kadangkala hingga beribu kilometer
daripada sarangnya tanpa sesat atau silap walaupun
tanpa bantuan kompas. Ini kerana setiap sarang
burung mempunyai alamatnya yang tersendiri
sebenarnya.

7. Tahukah Anda cicak memutuskan ekornya apabila
diganggu. Apabila cicak menyedari yang dia diekori
oleh sesuatu, ia akan memutuskan ekornya supaya
benda itu tidak mengekorinya lagi atas alasan tanpa
ekor sudah tentu ia tidak akan diekori lagi.

Sumber: http://www.gelihati.blogspot.com

%d blogger menyukai ini: